Salam. Harini aku nak cerita sket "adventure" yg aku dan rakan2 ku yg bernama, mujahid, faisal, nazmi dan syahir mengalami baru sahaja tadi. Sebenarnya bukannye "adventure" sgt pun. Pergi ke McD je. Tapi yang menariknye ialah cara kami pergi ke McD itu. Kami menaiki kereta Mercedes 80'an mujahid. Seperti biasa aku yg akan drive kereta2 mujahid tp masalahnye skrg aku selalu drive van mujahid yg Mitsubishi tuh yg transmission dia AUTO. Tapi van tu tayar pancit so mujahid pun minggu ni dtg Nilai menaiki kereta old timer Mercedes punyaan ayah dia. Dan transmission kereta itu MANUAL!
So aku pun ragu2 sikit lah nak drive kereta MANUAL nih. Dah lama x drive kereta MANUAL. Sejak ujian jpj bulan 4 tahun lepas kot. Tp disebabkan aku seorg laki sejati, aku pun memberanikan diri utk drive kereta mujahid tuh. Kwn2 ku pun ragu2 yg aku ni betul ke boleh bawak kereta mujahid ni kan. Tp last2 diorg rela gak. Semua orang dah lapar kan.
So kitorg pun masuk kereta. Aku cari tempat cucuk kunci kereta kat belah kanan stereng. Selalunye tempat cucuk kunci kereta mmg kat belah kanan kan? Malangnye kat kereta mujahid ni aku x jumpe. Mujahid yg dok kat passenger seat sebelah aku pun ckp tempat letak kunci dia ada kat belah kiri. aku pun tgk blkg stereng belah kiri tuh ada tempat cucuk dia. zaman dulu ramai org kidal kot. sbb tu tempat cucuk kunci belah kiri. hek3. aku pun on enjin. pastu nak reverse utk keluar dari slot parking dpn asrama Murni Nursing College tuh. Gear kereta tu ada sampai gear 4 je. Campur reverse so ada 5 gear je. kereta slalunye ada sampai gear 5. handbrake kereta tu pun pelik. kene release handbrake tuh guna tangan kanan. kene tarik and then pusing bende tu ke arah kiri. tah lah nak explain bende ni pun susah.
So aku pijak clutch ke dlm habis guna kaki kiri aku and guna tangan kiri aku utk tolak gear masuk ke gear reverse. alhamdulillah basic2 ni memandu kereta MANUAL nih masih segar dlm minda aku. aduh susah gler nak masuk ke gear tuh. batang gear tuh dah lah keras. and then aku tekan minyak sket and lepas clutch pelan2. enjin kereta pun berbunyi and kereta pun pelan2 reverse. pastu aku tekan balik clutch ke dlm semula and masuk ke gear 1. aku pusing stereng ke kiri sampai habis and then kereta pun bergerak ke arah kiri pelan2. pastu x boleh lagi nak keluar slot parking tuh. kene reverse lg sekali. so aku pun reverse balik and then HAMPIR NAK TERLANNGAR KERETA KAT BELAKANG AND THEN AKU JERIT AHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!! and then semua passenger kat blkg pun jerit AHHHHHHHHHH!!!
Padahal xde pape pun. aku saje gertak diorang. kereta kat blkg jauh lagi lebih kurang 100m kot. hehe. So akhirnya dpt juga keluar dari kotak parking tuh. aku pun drive utk belok ke kanan utk pergi ke jalan besar. aku cari butang signal. mano nih.. pastu mujahid pun ckp signal kereta ni rosak. aku pun ouh ok. lg sng alasan aku utk x memberi signal. bagi signal mmg leceh bg sesetgh org seperti aku. Tgk2 xde kereta so terus je lah and then masuk jalan besar sekejap and then nak belok kanan utk masuk ke jalan yg ada McD tuh.
Jalan tuh mmg paling susah nak masuk ah. Byk gila kereta meluncur laju kat situ. Selepas lebih kurang 1 minit aku pun jumpa satu opening so aku cepat2 lepas clutch separuh jalan and tekan minyak habis. Enjin hampir nak mati kot sbb boleh rasa kereta tu bergegar2. Lps clutch byk sgt kot hehe. kitorg pun akhirnya dpt gi ke McD dengang perjalan yg SELAMAT!
jap2.. post x habis lagi.. masih ada perjalanan PULANG! Aku x tau nape tapi diorang pantang giler bila aku ckp aku nak drive gak balik nanti. Diorg ckp bg mujahid je lah drive.. padahal aku drive bukannye bahaya sgt pun.. ish. Disebabkan ego aku, aku nak jugak drive kereta mujahid utk pulang ke campus. kunci kereta masih ngan aku so diorg xleh kata apa2. faisal mmg dah cuak ah, ckp suhaib x pandai ah signal rosak ah ape lah. aku pun masuk je lah tempat duduk pemandu and then diorg pun masuk.
Nak keluar dari slot parking McD tu plak. Aku accelerate ke depan BANYAK SANGAT HAMPIR TERLANGGAR KERETA KAT DEPAN PASTU AKU JERIT AHHHHHHHHHH!!!! Pastu diorang pun menjerit gak AHHHHHHHHHHHH!!! Nampkanye diorg jatuh ke perangkap yg sama buat kali kedua.. X langgar pun kereta depan tu. Rapat je.. haih.. Aku pun reverse and gerak ke depan balik and dpt lah keluar dari slot parking tuh. and then keluar balik ke jalan besar.
Perjalan selepas itu sangat smooth. Kereta pun dah tiba di traffic light. Kte perlu belok ke kanan. Aku pun berhenti di lampu merah sambil meletakkan gear ke neutral. Skjp je lepas tuh aku x confident yg aku dpt react dgn cpt bila lampu dah tukar ke hijau, so aku siap masuk ke gear 1 terus masa merah tuh. and then lampu pun hijau. tekan minyak and then lepas clutch. kereta pun menyusur pelan2. and then kat tgh2 intersection tuh ENJIN KERETA NAK MATI!! Kereta dah terombang ambing bergegar2. aku lepas clutch byk sgt. Dgn sepantas kilat aku tekan balik clutch dlm2 and kereta tu pun dpt diselamatkan. enjin x mati. lampu bateri basah tu dah menyala sedetik dah time tuh tp aku sempat gak selamatkan enjin tu drpd mati.
Pastu masuk balik kawasan blok B tgk2 ada org dah amek parking slot kami sebelum tuh. Time tu pun aku perasan ada byk budak perempuan nursing kat situ tgh beratur utk masuk dorm diorang ke ape tah. So aku pun nak gi park tepi longkang besar tuh. Pastu aku pun masuk and then kereta pun bergegar2 lagi. masa kereta nak berhenti tuh aku lupa nak tekan clutch. enjin mati. mmg malu lah kereta terbehenti kat tepi jalan tiba2 je depan budak2 murni tuh.. aku pun putar balik kunci tu and on balik enjin. Reverse kan sikit kereta tu utk sempurnakan parking aku. So perjalanan pulang pun SELAMAT!
Alhamdulillah perjalanan PERGI dan PULANG SELAMAT. Tiada kecederaan apa2 (trauma tidak termasuk). Jadi kesimpulannya ialah Suhaib boleh pandu kereta MANUAL :)
tau bawak keta auto je..
baek la ek ni yang tak tau bawak langsung..
bawak troli kat suping komplek pun langgar orang
kui2
heheh aku pun power gak bawak troli. slalu gi shopping ngan mak aku, aku yg tolak troli :)